RUANGAN LAPORAN

LAPORAN AKTIVITI BENGKEL SEKOLAH BESTARI

Bengkel perkongsian amalan terbaik sekolah bestari telah dijalankan di PKG Kuching pada 8 April 2010.
Sebanyak 20 buah sekolah dijemput untuk menghadiri bengkel yang terdiri daripada

*SMK SG MAONG
*SMK MATANG JAYA
*SMK PETRA JAYA
*SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
*SMK BANDAR KUCHING NO.1
*SMK BATU LINTANG
*SMK ST. TERESA
*SMK ST. THOMAS(M)
*SMKA SHEIKH HJ OTHMAN ABD WAHAB
*SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI
*SMK DEMAK BARU
*SMK BATU KAWA
*SMK GREEN ROAD
*SMK ST JOSEPH(M)
*SMT KUCHING
*SK GITA 2
*SK TABUAN HILIR
*SK RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT 'RPR'
*SK MATANG JAYA
*SK ABANG ABDUL KADIR

Sekolah-sekolah yang terpilih adalah di kalangan sekolah yang telah mendapat tiga hingga 4 bintang dalam penarafan SSQS pada tahun 2009.
Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak turut hadir iaitu Encik Munawwar Ismail,Encik Ismail Wasli dan Encik Jeevaranu.

Bengkel dimulakan dengan pembentangan daripada SMK Sematan iaitu En Awg Roslan yang menerangkan mengenai keberkesanan penggunaan "interactive white board" dan "i-kit" di dalam P&P di sekolah bestari.

Selepas berhenti rehat,ia disambung dengan pembentang dari SM Sains Kuching iaitu Pn Hjh Habsah Khatib dan Encik Azhar.Mereka masing-masing memberi taklimat berkaitan sekolah bestari dan sistem pengurusan sekolah.

Pada sebelah petang pula,lawatan penanda aras dilakukan di Kolej DPHA Abdillah,Kuching.Semasa lawatan,rombongan diberi taklimat berkaitan briged bestari dan perjalanan sekolah bestari secara keseluruhan.Rombongan amat bertuah kerana sempena dengan minggu ICT sekolah tersebut,satu pameran turut diadakan berkaitan ICT.

Secara keseluruhannya,perkongsian sepanjang bengkel amat berguna kepada peserta.Bengkel tamat pada jam 5.30 petang.


Panduan Briged Bestari -Mesyuarat -21april2009