Monday, June 28, 2010

Penarafan SSQS 2010

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman Pihak JPN,PPD,PTPB,PKG dan semua sekolah di negeri Sarawak tarikh pengisian data Smart School Qualification Standards ( SSQS ) ialah seperti di bawah:

Tarikh mula : 19 Julai 2010

Tarikh Akhir : 30 Ogos 2010

Mohon kerjasama semua pihak memastikan sekolah mengisi data SSQS tersebut. Sebarang masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan En Munawwar Bin Ismail di Unit Perkhidmatan ICT BTPN Sarawak di talian 082-661669.

Sekian, terima kasih

Thursday, March 25, 2010

Selamat Datang Ke Laman Bestari Negeri Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan sebarang sebaran maklumat atau pertanyaan berkaitan Sekolah Bestari Negeri Sarawak dan Pembestarian Sekolah di samping berkaitan FT 17 serta Jawatan Guru Penyelaras Bestari. Diharap mendapat maklum balas dan pandangan dari semua pihak.
Bagi rakan-rakan yang mempunyai maklumat tambahan,bolehlah dikongsikan bersama di sini.

Tuesday, March 23, 2010

Smart School Qualification Standards (SSQS)

• SSQS dengan penarafan bintang atau ‘star
ranking’ merupakan alat mengukur
pencapaian pembudayaan ICT di sekolah

• Dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia,
Y.B. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
pada 24 April 2007


•SSQS telah digunakan untuk menaraf 88 Sekolah Bestari mulai tahun 2007.


•SSQS akan digunakan untuk menaraf 10,000 sekolah secara berperingkat mulai 2008 -2010.



Apakah SSQS?


* Menggariskan tahap situasi yang berbeza yang memenuhi keperluan Sekolah Bestari.

* Tahap situasi merujuk kepada pencapaian dan perolehan berkaitan ICT berdasarkan indikator modal insan, penggunaan, infrastruktur dan aplikasi.


* Merupakan alat pemantauan.


* Menyediakan maklumat untuk menaiktaraf sekolah.


* Rujukan untuk membuat keputusan




Akses Ke Portal SSQS
Sila layari url:
http://ssqs.moe.edu.my
atau
http://pnp.moe.edu.my


SSQS Video Tutorial Online
PROGRAM PENARAFAN BINTANG MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD(SSQS), PEMBESTARIAN SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA.




Fokus Dimensi Penilaian SSQS

1. Penggunaan ICT - 40 %

2. Modal Insan - 40%

3. Aplikasi - 10%

4. Infrastruktur Teknologi - 10 %

FAQ SSQS
Smart School Faq English

Faq Smart School Qualification Standards

Tuesday, January 19, 2010

SEKOLAH BESTARI

Apakah dia Sekolah Bestari?
Institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat.

  • Apakah objektif Sekolah Bestari?

    • Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    • Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat

    • Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi

    • Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar

    • Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu

    • Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

    • Mendemokrasikan pendidikan

    Faq Sekolah Bestari

    Lirik Jiwa Dan Minda (lagu Sekolah Bestari)

    Jiwa Dan Minda

    Bermula di sini
    Hadapi cabaran dunia
    Sehati sekata
    Untuk jadi insan berjaya

    Suasana harmoni
    Menghormati menyayangi
    Menggapai cita bintang kejora
    Demi masa hadapan

    Amal nilai murni
    Dengan cara tersendiri
    Didik jiwa minda
    Berteraskan I.C.T

    Sekolah Bestari
    Namamu sentiasa di hati
    Keranamu Malaysia
    Sebangsa, bersama kita kecapi
    Malaysiaku tercinta.

    (Muzik)La..la..la..la..la..Du..du..du..du..du..du(Ulang)

    Menggapai cita bintang kejora
    Demi masa hadapan
    Amal nilai murni
    Dengan cara tersendiri
    Didik jiwa minda
    Berteraskan I.C.T

    Sekolah Bestari
    Namamu sentiasa di hati
    Keranamu Malaysia
    Sebangsa, bersama kita kecapi
    Malaysia negara jaya

    Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan


    Jiwa Dan Minda (Versi Penuh)

    Hearts And Minds (Full Version)

    Jiwa Dan Minda (Versi Minus 1)


    Sekolah Bestari Negeri Sarawak
  • SEKOLAH BESTARI PENANDA ARAS